Tajuk 6
Mengaplikasikan Struktur Perpautan dalam Penyusunan Bahan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu
- Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
- Struktur Linear
- Struktur Rangkaian
Tugasan amali:
Cari maklumat tentang perkara-perkara berikut dan paparkan pada laman web anda:
1. Struktur Hierarki dan Struktur Komposit
2. Struktur Linear
3 .Struktur Rangkaian
Struktur Linear
Bahan diakses secara berasingan dan tidak mempunyai sebarang pautan. Memulakan pencarian di laman pertama, kemudian pada laman kedua, dan pada laman seterusnya. Hal ini demikian akan berlaku dalam urutan yang telah disediakan.
Struktur Hierarki
Dikenali sebagai struktur pokok. Setiap paparan mewakili topik atau tajuk utama. Setiap topik utama pula boleh dibahagikan kepada beberapa topik kecil atau sub topik.
Struktur Komposit
Struktur yang lebih kompleks berbanding struktur-struktur yang lain. Sering digunakan bagi menangani keadaan di mana gabungan beberapa struktur diperlukan bagi melengkapkan sistem penerokaan yang lebih fleksibel serta memenuhi keperluan perisian.
Struktur Rangkaian
Menyediakan pautan atau hubungan di antara setiap topik utama. Struktur sebegini memberikan kebebasan kepada pengguna untuk meneroka dengan lebih mudah dan fleksibel.