Siapa Kata Nak Jadi Baik tu Mudah..??

Siapa Kata Nak Jadi Baik tu Mudah..??

Siapa kata nak berubah jadi lebih baik tu mudah?

Nak jadi baik memang susah..

Kenapa saya kata susah?

Yelah, bila nak jadi baik ni,

ada saja halangan,

ada saja ujian,

Dengan mulut manusia yang akan mempersoalkan perubahan kita,

Banyak perkara dan benda yang kita kena korbankan,

Duit, masa, kawan-kawan,

Mungkin, ada juga hati yang kurang senang dengan kita,

 

Antara jadi baik dengan jadi jahat,

Nak jadi jahat tu lah senang,

Yelah, nak berubah jadi jahat ni sebenar nya dalam kita tak sedar,

Kita buat je semua benda ikut hati kita,

Tak kira perkara tu betul atau salah,

Tak perlu fikir, dosa dan pahala,

Antara baik dan jahat, nak jadi jahat ni lagi cepat,

Proses nak jadi baik pula, sangat panjang,

Tapi, yang senang ni lah yang akan menghancurkan kita.

 

Kadang kita terlupa,

Kita selalu mempersoalkan,

"kenapa nak jadi baik ni susah?'

"kenapa banyak ja dugaan dan cabaran bila nak jadi baik?"

kenapa dan kenapa...

Jawapannya...

Itulah ujian Allah kepada hambanya,

Untuk menguji sejauh manakah keihlasan hati kita untuk berubah.

Untuk menguji sekuat mana azam kita untuk berubah,

Untuk menguji kekuatan iman kita,

Adakah kita berubah kerana untuk mendapat perhatian manusia?

Adakah kita berubah kerana mahu mendapatkan keredhaan dan cinta Allah?

Mari kita baca hadis ni..

 

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, 'kami beriman' sedang mereka tidak diuji dengan sesuatu cubaan? Dan demi sesungguhnya! Kami menguji orang terdahulu daripada mereka, maka dengan ujian demikian, nyata apa diketahui Allah mengenai orang yang sebenarnya beriman, dan nyata pula apa diketahui-Nya mengenai orang yang berdosa."
(Al-Ankabut : 2-3)
 
Hah,

Kan dah jelas,

Apa lagi yang nak dipersoalkan??

Orang beriman akan sentiasa diuji,

Sepatutnya kita gembira dengan ujian-ujian yang diturunkan,

Sebabnya, itu tandanya...

Allah masih sayangkan kita,

Allah masih memandang kita,

Allah rindukan suara tangis kita untuk memohon padanya,

Baik kan Allah...?

 

Ujian itu adalah bicara dan teguran dari Allah.

Dalam meningkatkan darjat keimanan disisNya,

sekali gus menghapuskan dosa-dosa silam,

Maka bersabarlah dan redha dengan takdirNya,

Merayu dan merintihlah hanya padaNya,

Sesungguhnya hanya padaNya lah tempat pergantungan kita.

 

"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." ( Al-Baqarah: 286 )

 

Jadi sahabat-sahabatku,

Berbaik sangkalah kepada Allah,

Allah Maha Penyayang,

Ambillah peluang yang ada ini untuk meraih cinta dan redhaNya,

Nak tunggu sampai bila lagi baru nak berubah?

Ingatlah sahabat,

Ajal maut ini tak kira tua atau pon muda,

Rebutlah peluang yang Allah dah berikan pada kita,

Pintu-pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-hambanya.

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis,

Yang susah itulah yang mahal,

Buka mata, buka minda, buka hati,

 

Selamat melakukan perubahan.

Selamat bermujahadah,

Selamat beristiqamah..

 

Ikhlas dari hati : -elany-